Monday, May 10, 2010

IMG Teruskan Tradisi Konvoi

BULAN April adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan penunggang motosikal berkuasa tinggi negara ini untuk menghadiri perhimpunan motosikal antara yang terbesar di rantau ini. Tahun ini Minggu Motosikal Phuket (PBW) yang berlangsung di Pantai Phatong dan kami daripada Kumpulan Independent Motor (IMG) meneruskan tradisi berkonvoi ke festival di selatan tanah air itu.

Perjalanan sejauh 1,200 kilometer disertai oleh 12 orang ahli IMG termasuk dua penunggang dari Singapura dan Brunei. Selepas mengaminkan doa selamat, dentuman ekzos Harley Davidson mula kedengaran dan memecah kesunyian di Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan yang bermula seawal pukul 4 pagi sejauh 600 km itu ahirnya singgah di Pekan Sadao. Perjalanan pada hari pertama dilakukan dengan selesa dan lancar kecuali panahan cuaca panas yang menyengat melalui jaket-jaket di badan kami.

Separuh lagi perjalanan diteruskan keesokan harinya dengan melalui pekan-pekan kecil sebelum sampai ke Phuket. Antaranya ialah Patalung, Trang, Krabi serta Phang Nga. Perasaan gembira setiap daripada kami mula terpancar jelas ketika menyeberangi Jambatan Sarasin yang menghubungkan tanah besar dengan Phuket. Dari jambatan itu, lokasi penganjuran PBW hanya tinggal lebih kurang 40 km.

Penganjuran kali ke-16 tahun ini menarik minat peminat motosikal dan seluruh dunia. Bukan sahaja dari Asia tetapi termasuk dari negara-negara Eropah. Bertemakan ‘Ride for Peace’ , PBW 2010 dianjurkan oleh Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Phuket dan TAT. Ekoran sambutan tinggi daripaa pelawat, acara itu kini dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Thailand dan menjadi acara tahunan.

Kehadiran kami disambut mesra oleh penganjur dan kaki-kaki motor Thailand. Reaksi yang ditunjukkan tidak ubah seperti pertemuan saudara yang sudah lama terpisah. “Kap Khun Krap,” ujar Sumon selaku penganjur acara sebagai ucapan terima kasih atas kehadiran dan sokongan IMG dalam memeriahkan PBW. Kesempatan menghabiskan masa selama tiga hari tiga malam bersama pengunjung yang berkongsi minat yang sama menjalinkan hubungan rapat sesama kami. Ada yang menghabiskan masa berkongsi pengalaman dan cerita-cerita konvoi. Di kalangan peserta baru, masa itu adalah masa terbaik untuk melebarkan jaringan kenalan.

Ribuan motosikal tersusun di tapak pesta. Apa yang menarik adalah pameran motosikal-motosikal lama yang masih boleh beroperasi dengan baik. Sememangnya, orang Thai sudah lama dikenali sebagai ‘tangan seni’ yang mampu melakukan apa sahaja pada motosikal mereka. Motosikal klasik, roda tiga hinggalah motosikal yang dihias kreatif dengan menggunakan rangka buaya sebagai hiasan jentera. Hakikatnya, mereka lebih terbuka untuk berkarya dengan apa sahaja bentuk motosikal.
PWB 2010 dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti perarakan motorsikal, sunset ride, pertandingan motorsikal tercantik, tatu, bazaar pakaian, aksesori motorsikal, persembahan kebudayaan dan pentas oleh kumpulan muzik tempatan dan luar negara. Pulau yang pernah disapu arus kuat tsunami suatu ketika dahulu kini kembali hidup dan meriah dengan ketibaan pelancong.

Salah seorang daripada ahli IMG, Farid Yaacob berkata, pertemuan setahun sekali itu telah mengeratkan lagi ikatan persaudaraan yang terjalin antara peminat motosikal dari peringkat antarabangsa. Asmalee Ramli dan Shahriman Shah Abd. Rahim dari IMG Brunei berkata, penyertaan mereka tidak berakhir di situ kerana mereka sudah merancang untuk menyertai semula PBW pada tahun depan. Bagi Zabid Zakariah dari IMG Singapura, penyertaan festival motosikal kali pertama itu meninggalkan kenangan manis sepanjang penglibatan dalam aktiviti bermotosikal. “Sebelum ini jika saya ke mana-mana pun saya bersendirian tapi sekarang menunggang motosikal lebih seronok dan meriah,” ujarnya.

Setelah empat hari yang indah di Phuket, kami meninggalkan Phuket untuk melengkapkan jarak pergi-balik sejauh 2,400 km. Walaupun penat menunggang, kami pulang dengan hati yang puas kerana banyak kenangan daripada PBW kali ini. Selepas Phuket, destinasi IMG yang seterusnya ialah festival motosikal di Bandung, Indonesia yang akan berlangsung pada Jun nanti tahun ini.

Oleh: Bob

Friday, April 30, 2010

15 Seconds of Fame Ride

We went up to Lentang, Pahang for a quick breakfast run and back for lunch at Bukit Antarabangsa. Our ride will be aired on TV3 in mid August. Stay tuned.






Wednesday, April 14, 2010

JOiNTS Custom Bike Show NAGOYA 2010































































Bikes from the parking lot of a recent bike show in Japan. They really love the Shovelheads. Or perhaps because they are easier to find compared to Pans and Knuckles?

Friday, April 9, 2010

Bates























It's nearly impossible to find a mint vintage Bates seat so this is the next best thing. A must for any true old-school chopper!

Wednesday, April 7, 2010

Made in Indonesia



A nice skinny evo powered chopper from our friends at Flying Piston Garage. With 23" front wheel to boot.

Harley-Davidson FTW












































One of the best Harley-Davidson ad series in recent times. No product shots, no fancy headlines, the ads simply convey the fear of the onlooker in the presence of the biker on a Harley-Davidson. It plays on the archetypal outlaw biker the Harley brand mystique is so entrenched in. FTW!

Tuesday, April 6, 2010

Phuket Bike Week 2010


We are heading up north to Phuket Bike Week. Brothers from Malaysia, Singapore and Brunei representing. See you guys there!